Selamat Datang Ke Blog SK Penggu

Thursday 11 February 2016

Sejarah Sekolah





SEJARAH RINGKAS PENGASAS SEKOLAH
Nama Pengasas Haji Yaakub bin Ismail
Haji Yaakub bin Ismail dilahirkan pada tahun 1923 di Bunut Susu, Pasir Mas,Kelantan. Dengan kelulusan sekolah pondok,beliau pernah menjadi salah seorang guru kelas dewasa pada ketika itu. Beliau amat berminat dalam perkhidmatan masyarakat dan juga merupakan AJK UMNO,Cawangan Kampung Bechah Semak.
Pada tahun 1949, beliau telas mengasas sebuah sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Penggu. Beliau juga telah menjadi guru besar SK Penggu yang pertama dan berkhidmat dari tahun 1955 sehingga 31.12.1962.
Beliau telah dikurniakan 7 orang anak dan meninggal dunia pada tanggal 15.01.1982. Jasa dan sumbangan beliau kepada masyrakat setempat tetap dikenang

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini diberi nama bersempena dengan nama sepohon kayu bernama pohon penggu. Pada asalnya sekolah ini dibina pada tahun 1950 oleh Allahyarham Tuan Haji Yaakob bin Ismail. 

Pada permulaannya, sekolah ini tiada tempat khas hanya menumpang di sebuah madrasah di Kampung Bechah Semak. Guru-guru yang mengajar di sini dibayar gaji dengan beras, padi zakat dan wang ehsan orang ramai. Hasil muafakat orang ramai, Sekolah Rakyat Penggu yang pertama dapat didirikan di Kampung Bechah Semak.
Bangunan sekolah didirikan dengan menggunakan batang nibung, buluh dan beratap rumbia diatas sebuah tanah di lot 790 yang diberi pinjam oleh tuan tanah yang akhirnya dibeli oleh pihak sekolah.
Pada tahun 1962, Sekolah Rakyat Penggu diambil alih oleh Kementerian Pelajaran / Pendidikan berserta dengan guru - gurunya dan ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Penggu. 

Sekolah Kebangsaan Penggu juga telah bertukar wajah daripada bangunan yang beratap rumbia kepada bangunan berdinding batu setingkat yang dihadiahkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Negeri Kelantan. Guru besar pada ketika itu ialah Tuan Haji Mahmood bin Haji Idris.



No comments:

Post a Comment